Buah-buahan Utama Malaysia



Buah buahan Tempatan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh dimakan terdapat dinegara ini.

Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.

Senarai buah-buahan tempatan

•Belimbing
•Betik
•Cempedak
•Ciku
•Durian
•Langsat, duku dan dokong
•Limau
•Mangga
•Manggis
•Nangka
•Pisang
•Rambutan
•tembikai

Kepentingan Buah-buahan Kepada Kehidupan Manusia

Buah-buahan adalah sebagai satu sumber tambahan kepada kehidupan manusia

  • Karbohidrat - Pelbagai buah mengandungi karbohidrat dalam bentuk glukosa dan dekstrosa. Bahan-bahan ini dapat dihadamkan dengan cepat, diserap oleh tubuh dan membekalkan tenaga serta haba dengan segera. Contohnya pisang dan durian.
  • Vitamin - Buah-buahan ialah sumber utama vitamin yang diperlukan oleh tubuh supaya sentiasa sihat dan tahan terhadap serangan penyakit. Vitamin yang terdapat dalam buah-buahan ialah vitamin A atau karocena, vitamin C, vitamin B, vitamin B2 dan niasin.
  • Mineral - Mineral diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil. Kekurangan mineral boleh mengakibatkan gangguan metabolisme badan. Buah-buahan membekalkan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, fosforus, kalium, sulfur, dan lain-lain. Contoh-Avokado, anggur, kurma, limau lemon, gajus.
  • Pektin dan Selulosa - Buah-buahan ialah sumber yang baik bagi pektin dan selulosa. Bahan-bahan ini peru untuk kesihatan tubuh kerana berfungsi merangsang aktiviti usus dan boleh mengelakkan sembelit dan gangguan penyakit lain
  • Protein, asid amino dan lemak - Protein dan lemak hanya terdapat dalam kuantiti yang kecil dalam buah-buahan segar. Biji gajus, biji kekeras, kurma, anggur kering dan gelinggai banyak mengandungi protein. Asid amino terdapat dalam beberapa spesies buah-buahan. Buah-buahan tidak banyak mengandungi lemak hanya avokado, durian. Biji gajus dan biji kekeras.
  • Asid organik -Buah-buahan juga kaya dengan asid organik yang membantu proses penghadaman dan menambahkan selera makan - Asid sitrik banyak terdapat dalam spesies limau manakala dalam asid tartarik terdapat dalam buah anggur dan asam jawa - Enzim yang menyerupai pepsin yang menghancurkan protein terdapat dalam betik.

Layari laman wen FAMA : http://www.famaxchange.org/index.php?ch=15&pg=3087&ac=716&bb=1229

Bahan Rujukan Kajian

Buku:

Rukayah Aman, BUAH-BUAHAN TEMPATAN, 1999, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Internet: