Kepentingan Buah-buahan Kepada Kehidupan Manusia

Buah-buahan adalah sebagai satu sumber tambahan kepada kehidupan manusia

  • Karbohidrat - Pelbagai buah mengandungi karbohidrat dalam bentuk glukosa dan dekstrosa. Bahan-bahan ini dapat dihadamkan dengan cepat, diserap oleh tubuh dan membekalkan tenaga serta haba dengan segera. Contohnya pisang dan durian.
  • Vitamin - Buah-buahan ialah sumber utama vitamin yang diperlukan oleh tubuh supaya sentiasa sihat dan tahan terhadap serangan penyakit. Vitamin yang terdapat dalam buah-buahan ialah vitamin A atau karocena, vitamin C, vitamin B, vitamin B2 dan niasin.
  • Mineral - Mineral diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil. Kekurangan mineral boleh mengakibatkan gangguan metabolisme badan. Buah-buahan membekalkan mineral seperti kalsium, magnesium, besi, fosforus, kalium, sulfur, dan lain-lain. Contoh-Avokado, anggur, kurma, limau lemon, gajus.
  • Pektin dan Selulosa - Buah-buahan ialah sumber yang baik bagi pektin dan selulosa. Bahan-bahan ini peru untuk kesihatan tubuh kerana berfungsi merangsang aktiviti usus dan boleh mengelakkan sembelit dan gangguan penyakit lain
  • Protein, asid amino dan lemak - Protein dan lemak hanya terdapat dalam kuantiti yang kecil dalam buah-buahan segar. Biji gajus, biji kekeras, kurma, anggur kering dan gelinggai banyak mengandungi protein. Asid amino terdapat dalam beberapa spesies buah-buahan. Buah-buahan tidak banyak mengandungi lemak hanya avokado, durian. Biji gajus dan biji kekeras.
  • Asid organik -Buah-buahan juga kaya dengan asid organik yang membantu proses penghadaman dan menambahkan selera makan - Asid sitrik banyak terdapat dalam spesies limau manakala dalam asid tartarik terdapat dalam buah anggur dan asam jawa - Enzim yang menyerupai pepsin yang menghancurkan protein terdapat dalam betik.

Layari laman wen FAMA : http://www.famaxchange.org/index.php?ch=15&pg=3087&ac=716&bb=1229